PAUL Pogba kelihatan tersenyum lebar ketika Manchester United menjalani latihan di kompleks AON, menjelang perlawanan menentang Watford, Sabtu ini. Beberapa penyokong tegar United dengan cepat melihat sesuatu yang berbeza pada wajah pemain tengah dari Perancis itu. Dan, ia bukanlah satu tatu 'smiley' peribadinya. Sebaliknya Pogba telah menunjukkan pendakap gigi baharunya yang dipakai melalui gambar yang diambil bersama Ander Herrera dan David de Gea. Pemain berusia 23 tahun itu dilihat telah memakai pendakap gigi itu semasa pasukannya menang 3-0 ke atas Leicester. Pogba mempunyai sebab yang kukuh untuk terus tersenyum selepas kemenangan selesa United hujung minggu lalu. Ini kerana, United yang kini berada di posisi keenam dalam saingan Liga Perdana Inggeris, hanya terpisah dua mata dengan Arsenal yang berada di tempat keempat.