MANCHESTER United nampaknya bersedia menawarkan Jose Mourinho kontrak baharu selama lima tahun tanpa mengambil kira dia berjaya atau tidak membawa pasukan itu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris pada kelompok empat teratas. Lembaga pengarah United dilaporkan amat berpuas hati dengan prestasi Mourinho yang mengambil alih jawatan Louis van Gaal pada musim panas lalu. Mourinho hanya tewas enam kali dalam 40 perlawanan sejak tiba di Old Trafford. Atas sebab itu, pengurus kelahiran Portugal tersebut mungkin akan ditawarkan kontrak baharu yang akan menyaksikan dia kekal bersama United sehingga 2019. United kini menduduki tangga keenam liga selain mara ke kelompok 32 akhir Liga Europa. "Kini saya bersama kelab yang saya mahukan dan amat gembira. "Saya masih lagi di awal kontrak. Jika anda tanya saya jika saya mahu kekal lama lebih tiga tahun, maka saya katakan ya saya amat suka. "Namun saya perlu membantu United meraih keputusan cemerlang. Jika kelab berasa saya patut kekal, maka sama amat berbangga," katanya.