suria

SPRM Siasat Isu Tender Pembekalan Peralatan Gimnastik - Azam Baki

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat isu dakwaan tender pembekalan peralatan gimnastik untuk Sukan SEA 2017 yang dipercayai wujud unsur penyelewengan dan salah guna kuasa.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata pihaknya juga sedang meneliti maklumat-maklumat berhubung dakwaan berkenaan.

"Pihak saya akan meneliti dan siasat dahulu perkara ini sebelum tindakan selanjutnya diambil," katanya kepada Bernama.

Menurut laporan yang disiarkan semalam, berdasar satu siasatan dalaman yang dijalankan, dipercayai terdapat elemen rasuah dan salah guna kuasa berhubung permohonan dan kelulusan tender tersebut.

Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA buat kali keenam yang berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos depan.-- Bernama


SPRM, Sukan SEA, Azam Baki

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain