suria

City Bangkit Benam Monaco

Sane (tengah) melengkapkan gol kelima City.

MANCHESTER City bangkit daripada ketinggalan dua kali sebelum menundukkan Monaco 5-3 dalam aksi pertama 16 terakhir Liga Juara-Juara yang penuh mendebarkan di Stadium Etihad, awal pagi Rabu.

Pasukan tuan rumah mendahului perlawanan pada minit ke-26 menerusi jariangan Sterling.

Namun benteng City mula dirobek lawan apabila mereka ketinggalan 2-1 dan kemudian 3-2 sebelum bangkit menerusi jaringan lewat Sergio Aguero (dua gol) dan dua lagi jaringan oleh John Stones dan Leroy Sane.

Tiga gol Monaco hadir berpunca daripada kesilapan Willy Caballero, Nicolas Otamendi dan Stones.

Monaco berjaya mengikat kedudukan 1-1 menerusi jaringan Radamel Falcao, yang menanduk masuk hantaran Fabinho selepas penjaga gol City, Caballero terkeluar daripada posisi sepatutnya.

Kylian Mbappe kemudian meletakkan Monaco di depan pada minit ke-40 selepas Otamendi membenarkan penyerang berusia 18 tahun itu mengatasinya ketika sepakan percuma.

Selepas Aguero menyamakan kedudukan, Stone meledak jaringan keempat tuan rumah pada minit ke-77 sebelum Sane memuktamadkan keputusan 5-3, pada minit ke-82.

Sementara itu, Pengurus City, Pep Guardiola tetap berpuas hati dengan kemenangan tersebut sekali gus meniup harapan pasukan tuan untuk mara ke pusingan seterusnya.

"Keputusan ini membantu pasukan untuk mara selangkah ke hadapan. Kami diserang dalam ruang yang kecil. Ini adalah sebab mereka mahu saya datang ke sini.

"Semua orang harus diberi pujian. Kami akan berlepas ke Monaco untuk menjaringkan lebih banyak gol. Jika kami tidak mencipta kejutan di Monaco kami akan disingkirkan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain