suria

Mkhitaryan, Carrick Mungkin Tak Beraksi Di Final Piala Liga Inggeris

Henrikh Mkhitaryan
PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho, telah menilai dua pemainnya, Henrikh Mkhitaryan dan Michael Carrick tidak akan turun bermain dalam final Piala Liga Inggeris menentang Southampton, di Stadium Wembley, Ahad ini.

Mourinho berkata demikian selepas United meraih kemenangan 1-0 atas ke Saint-Etienne dalam perlawanan kedua saingan Liga Europa di Stade Geoffroy-Guichard, awal pagi Khamis.

Dalam perlawanan itu, kedua-dua pemain tersebut mengalami kecederaan.

Mkhitaryan dibawa keluar pada minit-25 manakala Carrick digantikan dengan Bastian Schweinsteiger pada minit ke-62.

"Sejujurnya, saya tidak merasakan bahawa Mkhitaryan dan Carrick akan sembuh tepat pada waktunya. Mereka tidak akan bermain dalam perlawanan final.

"Anggapan ini berdasarkan pengalaman, bukan kerana saya memiliki pengetahuan perubatan," kata Mourinho.

"Bagi saya, mereka tidak ada peluang untuk bermain. Saya ulangi, ini semua hanya berdasarkan pengalaman," kata Mourinho.

Gol United dalam perlawanan tersebut diperolehi melalui Mkhitaryan sekali gus membawa United mara ke babak kelompok 16 pasukan terakhir yang akan terus bersaing dalam Liga Europa.

Bagaimanapun, statisik UEFA menyatakan bahawa sepanjang pertandingan, United tidak mampu menguasai perlawanan kerana hanya mencatatkan 43 peratus penguasaan bola, berbanding 57 yang dicatatkan Saint-Etienne.

United juga ketinggalan dari segi mencipta peluang. Mereka hanya mencatatkan sembilan peluang, tetapi hanya tiga mengarah ke gawang berbanding Saint-Etienne yang membuat lima percubaan tepat daripada 17 peluang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain