FERNANDO Alonso menyalahkan Honda sebagai punca masalah McLaren musim ini dan mendakwa tidak kuasa enjin serta tidak boleh diharap. Pelumba kelahiran Sepanyol itu tidak lagi berselindung tentang masalah yang dihadapi pasukannya itu. "Saya tidak fikir kami ketinggalan dari aspek casis. "Kami hanya ada satu sahaja masalah iaitu, unit kuasa. "Di situ ianya tidak ada kuasa dan tidak konsisten. Kami hanya berada 30km/j di litar yang lurus. "Jadi, jika kamu berada dalam kelajuan itu di setiap jalan lurus, ia amat sukar untuk menyesuaikan diri dengan jentera itu," jelasnnya. Bagaimana pun Alonso bersetuju keadaan sekarang tidak seburuk ketika musim 2015. "Secara jujurnya situasi ini lebih kurang sama dengan musim lalu. Namun pada tahun 2015, ia lebih teruk. "Sudah pasti kami perlu meningkatkan kepada situasi yang lebih baik. "Beberapa sebelum ini McLaren mendominasi perlumbaan dan bersaing untuk kejuaraan. "Jadi kami perlu kekal bersama serta bekerjasama dengan lebih rapat. "Tetapi apabila timbul reaksi seperti ini, saya jangkakan akan mendapat tindak balas yang segera daripada pasukan," ujarnya.