suria

Chong Wei Tempah Tiket Ke Suku Akhir All England

Gambar fail Lee Chong Wei.

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menempah tiket ke suku akhir Kejohanan Badminton All England yang berlangsung di Birmingham.

Chong Wei yang juga pilihan utama kejohanan menyingkirkan pemain dari Taiwan Wang Tzu Wei 21-18, 21-18 dalam perlawanan pusingan kedua pada Khamis.

Pemain berusia 34 tahun itu bakal berdepan bekas Juara Remaja Dunia 2009, Tian Houwei dari China.

Pemain berusia 25 tahun yang berada di ranking keenam dunia sebelum itu menewaskan pemain India H.S Prannoy dengan straight set 21-13, 21-5.

Selain Chong Wei, empat beregu negara bakal berentap bagi merebut slot ke suku akhir pada perlawanan pusingan kedua awal pagi Khamis.

Pasangan beregu lelaki utama negara yang kini berada di ranking nombor satu dunia Goh V Shem/Tan Wee Kiong akan berdepan pasangan China Liu Xiaolong/Xu Chen manakala beregu wanita Vivian Hoo/Woon Khe Wei pula akan menentang pilihan ketiga dari Korea Selatan Jung Kyung Eun/Shin Seung Chan.

Beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Liu Ying yang diletakkan selaku pilihan keenam akan berdepan gandingan China Zhang Nan/Li Yinhui manakala Tan Kian Meng/Lai Pei Jing akan menentang Yoo Yeon Seong/Kim Ha Na dari Korea Selatan. - Bernama

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Europa

Artikel Berikut

Artikel Lain