BORUSSIA Dortmund berjaya menahan Benfica daripada mara ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas ketinggalan 0-1 dalam pertemuan pertama. Sebaliknya, Dortmund yang bermain sebagai tuan rumah berjaya menempah tiket suku akhir dengan kemenangan bermakna, 4-0. Dalam perlawanan ini, Pierre-Emerick Aubameyang diangkat sebagai wira apabila melakukan hatrik dan rakannya Christian Pulisic menambah satu gol. Gol pertama Dortmund hadir seawal minit keempat menerusi Aubameyang dan kedudukan 1-0 kekal hingga tamat babak pertama. Pada separuh masa kedua, Dortmund seakan 'mengamuk' dengan terus menyerang barisan pertahanan Benfica, dan hasilnya mereka menambah tiga lagi gol. Gol kedua diperolehi menerusi tendangan cantik Pulisic, yang turut menjadi gol pertamanya di Liga Juara-Juara. Selang dua minit kemudian, Aubameyang mencatatkan gol kedua untuk dirinya dan gol ketiga buat Dortmund, mengubah kedudukan menjadi 3-0. Dortmund terus berpesta gol apabila Aubameyang menjaringkan gol pada minit ke-85