suria

Penalti Dybala Bantu Juve Benam Porto

KELAB gergasi Itali, Juventus meneruskan kemaran ke suku akhir Liga Juara-Juara selepas menang tipis 1-0 ke atas FC Porto.

Mendahului dengan 2-0 menerusi aksi pertama 16 terakhir, Juve mengesahkan tiket mereka apabila Paulo Dybala menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-42.

Pasukan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti selepas Maxi Periera menyentuh bola dengan tangan.

Periera turut dilayangkan kad merah.

Penyerang Gonzalo Higuain nyaris meledak gol kedua tetapi percubaannya tersasar.

Juve mara ke kelompok lapan terakhir buat kali kedua dalam tempoh empat tahun.

Lawan Juve di suku akhir hanya akan diketahui selepas undian dilakukan Jumaat ini.

Dybala berkata dia mengharapkan pertemuan semula dengan Barcelona sekiranya Juve mampu melangkah ke final sekali lagi.

"Dengan skuad yang ada, saya tidak fikir mengapa kami tidak boleh ke final. Saya memilih Barcelona untuk menebus kekecewaan dua tahun lalu (Juve tewas 3-1)," katanya.



Juventus, Porto, Liga Juara-Juara

Artikel Berikut

Artikel Lain