PEMAIN tengah Jerman, Bastian Schweinsteiger dilapor telah meninggalkan Old Trafford untuk menyertai Liga Amerika Syarikat, Major League Soccer (MLS). Chicago Tribune melaporkan, pemain yang jarang beraksi untuk Manchester United di bawah kendalian Jose Mourinho itu bakal melangkapkan pemindahan pada minggu depan. Dalam laporan itu juga mendakwa, Schweinsteiger kini sedang melengkapkan urusan visa dan pemeriksaan kesihatan sebelum pengumuman rasmi dibuat kelab tersebut. Schweinsteiger ketika menyertai United telah menandatangani kontrak selama setahun bernilai £3.6 juta yang mempunyai pilihan untuk melanjutkannya setahun lagi. Bercakap mengenai permindahan tersebut, Schweinsteiger teruja untuk memulakan aksinya bersama kelab baharu. "Sepanjang karier, saya sentiasa mencari peluang untuk memberi impak positif dan membantu mendapatkan sesuatu yang hebat," katanya kepada Chicago Tribune.