suria

Boling Padang: Nor Hashimah Raih Gangsa Piala Dunia

Dari kiri: Mohd Soufi Rusli, jurulatih Zuraidi Puteh dan Nor Hashimah Ismail.

KUALA LUMPUR: Pemain boling padang negara, Nor Hashimah Ismail terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa dalam kejohanan Perseorangan Piala Dunia selepas tewas dalam saingan separuh akhir pada Selasa.

Dalam pertandingan yang berlangsung di Warilla Bowls and Recreational Clubdi New South Wales, Australia itu, pemain berusia 45 tahun itu tunduk kepada pemain New Zealand, Jo Edwards dengan 10-2 dan 9-5.

Edwards dijadual bertemu Lucy Beere dari Guernsey pada saingan akhir Rabu.

Beere menempah tiket ke peringkat akhir selepas mengalahkan pemain Australia, Natasha Scott 8-7 dan 9-5.

Sementara itu, seorang lagi pemain Malaysia Mohd Soufi Rusli akan bertemu Ali Forysth dari New Zealand dalam saingan separuh akhir kategori lelaki pada Rabu.

Artikel Lain