PEMAIN legenda Brazil, Ronaldinho kini mencuba nasib dalam industri muzik apabila tampil dengan single terbaharu berjudul 'Sozinho'. Bekas pemenang Ballon d'Or itu tidak beraksi sejak 2015 , namun tampil mencari kelainan dengan terlibat dalam dunia muzik. Biarpun masih belum memutuskan untuk bersara dari dunia bola sepak, Ronaldinho menggunakan kelebihannya dengan baik untuk menjadi penyanyi. Ronaldinho memperkenalan muzik rentak samba yang lembut, dan Sazinho bermakna 'Sunyi'. Bagaimana pun ia bukanlah sesuatu yang baharu bagi Ronaldinho memandangkan dia turut mencipta lagu rasmi pada Sukan Paralympic di Rio 2016. "Terima kasih kawan-kawan. Ini adalah lagu pertama saya tanpa rakan komposer".