PENGURUS Manchester United memohon maaf kepada Bastian Schweinsteiger di atas layanannya sepanjang pemain itu berada di Old Trafford. Schweinsteiger yang kini menyertai kelab MLS, Chicago Fire sejak minggu lalu hanya membuat empat penampilan sahaja sepanjang bersama United. Malah bekas kapten Jerman itu juga pernah disuruh menjalani latihan sendiri atau bersama skuad Bawah 23 Tahun kelab. Namun Mourinho akhirnya mengakui menyesal dengan layanan yang diberikan kepada pemain tengah itu. "Saya minta maaf ketika kami bersama pada musim pertama dan dia tahu mengenai ini. "Saya akan merinduinya kerana dia seorang yang lelaki yang baik, profesional dan memberi pengaruh yang baik ketika latihan,"jelas Mourinho. "Jadi saya tidak akan menyekatnya untuk pergi dari kelab ini walaupun sedar kami masih memerlukan dia dalam beberapa aksi atau dalam tempoh tertentu. "Tetapi saya lepaskannya dan berharap dia bersama isteri akan gembira berada di Chicago. "Dia berada dalam satu kategori yang saya rasakan amat menyesal apa yang telah dibuat kepadanya. "Saya tidak mahu bercakap mengenainya sebagai pemain kerana saya mungkin atau tidak membelinya. "Saya hanya mahu bercakap mengenainya sebagai seorang profesional dan manusia biasa. "Perkara terakhir yang saya jelaskan kepadanya sebelum berpindah - 'Saya tidak melakukan perkara betul kepada kamu sekali. Dan kamu perlu tahu'. "Jadi ketika dia meminta untuk tinggalkan kelab ini, saya bersetuju dan berkata kepadanya 'Kamu boleh pergi kerana saya telah silap sekali, tidak akan membuat kali kedua'.