KUALA LUMPUR: Malaysia menaiki empat anak tangga untuk menduduki tempat ke-157 dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis. Skuad Harimau Malaya, yang memperoleh 64.6 mata selepas seri tanpa jaringan dengan Filipina dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Kelas A di Manila baru-baru ini, membantu Malaysia mengumpul sejumlah 146 mata untuk menapak naik daripada kedudukan ke-161 dalam ranking itu. Malaysia kini setanding dengan negara-negara seperti Sudan dan Selatan Sudan yang berkongsi di kedudukan ke-154, Papua New Guinea (156), Moldova (158), Singapura (159) dan Mauritius (160). Malaysia menduduki tempat ke-161 dalam ranking FIFA itu pada Januari lepas sebelum jatuh ke kedudukan ke-162 pada Februari dan kembali naik ke tempat ke-161 pada Mac. Ranking FIFA melibatkan 209 negara di seluruh dunia.