PANAMA CITY: Pemain bola sepak kebangsaan Panama, Amilcar Henriquez ditembak mati pada Sabtu, lapor pihak berkuasa. Seorang lelaki melepaskan tembakan rambang ke arah Henriquez dan rakannya di Sabanitas, pinggir bandar Colon. Pemain berusia 33 tahun itu dikejarkan ke sebuah klinik dan disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah. "Kami mengkritik pembunuhan Amilcar Henriquez," kata Presiden Juan Carlos Varela menerusi laman Twitternya. Sementara itu, Persekutuan Bola Sepak Panama turut bersedih di atas berita kematian Henriquez. "Tuhan berkati anda Mickey." Henrique beraksi untuk kelab Liga Arab Bersatu di Colon. Penampilan terakhirnya adalah ketika bertemu Chorrillo dalam aksi Liga Bola Sepak Panama pada Rabu lalu. Dia juga pernah mewakili kelab Colombo Independiente de Medellin (2012-2014), America de Cali (2015-2016), Real Cartagena (2015), Atletico Huila (2009-2012) dan Costa Rica’s Santacrucena (2008). Henriquez merupakan salah seorang pemain paling berpengalaman dalam skuad kebangsaan Panama. Pembunuhannya bukan antara kes pertama pernah berlaku membabitkan pemain bola sepak. Pada 2011, penjaga gol Plaza Amador, Eric Luna ditembak mati di depan rumahnya. Pada tahun sama, Abdul Chiari juga ditembak mati ketika mahu berlatih. Javier de la Rosa, pemain Chorrillo turut maut selepas ditembak di luar stadium sebelum sempat beraksi bersama rakan pasukannya.