suria

PHK Perlu Kemuka Permohonan Bantuan

Pasukan Kelantan (jersi putih) ketika aksi Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak 2010. Foto: Bernama

KOTA BHARU: Kerajaan negeri meminta Persatuan Hoki Kelantan mengemukakan permohonan mendapatkan bantuan serta cadangan bagi memperkasakan sukan hoki di negeri itu untuk diteliti Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri.

Pengarah Urusetia Belia dan Sukan Kelantan,  Ahmad Fadhli Shaari berkata permohonan itu perlu bagi mereka merangka peruntukan, perancangan dan  keperluan lain bersesuaian dengan dasar serta kemampuan kerajaaan negeri.

"Persatuan Hoki Kelantan perlu buat kertas dasar bagaimana kerajaan negeri dapat membangunkan sukan ini seperti bola sepak dan sukan lain," katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.

Bernama semalam melaporkan Setiausaha Kehormat Persatuan Hoki Kelantan, Hasnizam Hassan menggesa kerajaan negeri membantu pembangunan sukan itu di negeri ini kerana ia semakin mendapat tempat di hati masyarakat terutama golongan remaja.

Hasnizam dipetik sebagai berkata setakat ini persatuan itu hanya bergantung kepada Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan, Konfederasi Hoki Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan dalam penyediaan infrastruktur, program pembangunan atlet dan penganjuran kejohanan.

Persatuan Hoki Kelantan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain