PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengetuai empat jawatankuasa tetap badan induk bola sepak negara bagi penggal 2017-2021. Menurut kenyataan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Selasa, senarai jawatankuasa tetap diputuskan selepas mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM di Kota Kinabalu, Sabah 8 April lalu. Empat jawatan yang diketuai Tunku Ismail sebagai pengerusi adalah Jawatankuasa Darurat, Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan, Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan serta Jawatankuasa Tiket dan Pintu. Bagi Jawatankuasa Tiket dan Pintu, Tunku Ismail akan dibantu oleh Datuk Ismail Karim selaku Timbalan Presiden jawatankuasa ini. Sementara itu, Hamidin turut mengumumkan nama pengerusi dan timbalan pengerusi bagi Jawatankuasa Undang-Undang dan Peraturan, Jawatankuasa Status yang tidak dinyatakan sebelum ini. Turut diumumkan senarai nama bagi Jawatankuasa Undang-Undang dan Peraturan yang diketuai Datuk Baljit Singh Sidhu, dibantu Datuk Omar Aminuddin. Manakala Jawatankuasa Status akan dipengerusikan oleh Mohd Joehari Mohd Ayob dan naib pengerusi, Supt Md Dali Wahid. Satu lagi jawatan yang ditambah berbanding senarai awal Jawatankuasa Tetap FAM yang diumumkan sebelum ini adalah Jawatankuasa Pemasaran, dipengerusi Datuk Seri Subahan Kamal dan Christopher Raj sebagai timbalannya. Senarai lengkap Jawatankuasa Tetap FAM bagi penggal 2017-2021: 1. Jawatankuasa Darurat Pengerusi: Tunku Ismail Sultan Ibrahim 2. Jawatankuasa Kewangan & Pengurusan Pengerusi: Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim 3. Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan Pengerusi: Tunku Ismail Sultan Ibrahim 4. Jawatankuasa Tiket & Pintu Pengerusi: Tunku Ismail Sultan Ibrahim Timbalan Pengerusi: Datuk Ismail Karim 5. Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi Timbalan Pengerusi: Mohd Firdaus Mohamed 6. Jawatankuasa Undang-Undang & Peraturan Pengerusi: Datuk Baljit Singh Sidhu Timbalan Pengerusi: Datuk Aminuddin Omar 7. Jawatankuasa Pertandingan Antarabangsa Pengerusi: Mohd Joehari Mohd Ayob Timbalan Pengerusi: Datuk S Sivasundaram 8. Jawatankuasa Pengadil Pengerusi: Subkhiddin Haji Mohd Salleh Timbalan Pengerusi: Datuk Aminuddin Omar 9. Jawatankuasa Audit Dalam Pengerusi: Datuk Haji Ismail Karim Timbalan Pengerusi: Shafizah Umamah Abdul Mutalib 10. Jawatankuasa Bola Sepak Wanita Pengerusi: Datuk Suraya Yaacob Timbalan Pengerusi: Shafizah Umamah Abdul Mutalib 11. Jawatankuasa Teknikal & Pembangunan Bola Sepak Belia Pengerusi: Datuk Sri Subahan Kamal Timbalan Pengerusi: Datuk Jefferey Low Han Chau 12. Jawatankuasa Futsal & Bola Sepak Pantai Pengerusi: Datuk Rosmadi Ismail Timbalan Pengerusi: Supt Md Dali Wahid 13. Jawatankuasa Perubatan Sukan Pengerusi: Datuk Ab. Ghani Hassan Timbalan Pengerusi: Datuk Mohd Hisamudin Yahaya 14. Jawatankuasa Status Pengerusi: Mohd Joehari Mohd Ayob Timbalan Pengerusi: Supt Md Dali Wahid 15. Jawatankuasa Media & Perhubungan Awam Pengerusi: Christopher Raj Aralanthu Timbalan Pengerusi: Datuk Suraya Yaacob 16. Jawatankuasa Keselamatan Pengerusi: Datuk Sri Muhammad Sabtu Osman Timbalan Pengerusi: Sac Datuk Azisman Alias 17. Jawatankuasa Integriti Pengerusi: Tan Sri Datuk Sri Dr Aseh Haji Che Mat Timbalan Pengerusi: Datuk Sri Mohd Mokhtar Mohd Shariff 18. Jawatankuasa Pemasaran Pengerusi: Datuk Sri Subahan Kamal Timbalan Pengerusi: Christopher Raj Aralanthu Jawatankuasa Badan Kehakiman Fam 1. Jawatankuasa Tatatertib Pengerusi: Datuk Baljit Singh Sidhu Timbalan Pengerusi: Datuk Dr Abd Shukor Ahmad 2. Jawatankuasa Rayuan Pengerusi: Datuk Sri Mohd Mokhtar Haji Mohd Shariff Timbalan Pengerusi: Cp Mahendran Pelesenan Kelab 1. First Instance Body Pengerusi: Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif 2. Badan Rayuan Pengerusi: Dr Wirdati Mohd Radzi Pengurus-pengurus pasukan kebangsaaan: Bola sepak Bawah 22 - Datuk Mohd Yusoff Mahadi Futsal lelaki – Datuk Rosmadi Ismail Bola Sepak Wanita – Datuk Suraya Yaacob Pasukan Futsal wanita – Shafizah Umamah Abdul Mutalib