REAL Madrid mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara apabila menewaskan Bayern Munich dengan kemenangan agregat 6-3. Kemenangan menerusi kemenangan 4-2 dalam perlawanan suku akhir kedua itu menyaksikan Cristiano Ronaldo menjadi jaguh buat Real Madrid. Bertempat di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid pada awal pagi Rabu, tiga daripada empat gol Real Madrid merupakan jaringan Ronaldo dengan masa tambahan (76', 105' dan 109'). Satu lagi jaringan Real Madrid menerusi aksi Marco Asensio pada minit ke-112. Dua gol Bayern Munich dicatatkan Robert Lewandowski (53') dan Sergio Ramos (77'). Kemenangan itu juga menjadikan Real Madrid menjadi pasukan pertama mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara dalam tujuh musim berturut-turut.