suria

"Semuanya Dah OK" - Tan Cheng Hoe

JUARA Piala Malaysia, Kedah bakal mendapat sentuhan kesebelasan utamanya ketika turun menetang Perak dalam saingan Liga Super di Ipoh pada Rabu.

Ketua Jurulatihnya, Tan Cheng Hoe berkata, skuad hijau kuning dapat membariskan kesebelasan terbaik pada perlawanan itu selepas pemain utama telah pulih daripada kecederaan.

Jelasnya, perlawanan menentang Perak bukan sahaja menjadi medan memburu tiga mata penting tetapi kebangkitan selepas dua kekalahan dalam Liga Super dan Piala FA yang lalu.

"Saya berasa lega kali ini kerana pemain-pemain utama dapat membantu kita semula seperti sebelum ini. Liridon Krasniqi, Fitri Omar, Baddrol Bakhtiar dan Khairul Helmi Johari berada dalam keadaan bersedia untuk diturunkan.

"Setakat ini, hanya Rizal Ghazali yang tidak dapat beraksi kerana masih dalam pergantungan kerana dilayangkan kad merah.

"Kita ingin bangkit dan kembali memburu kedudukan di persada liga. Oleh itu kita akan berjuang habis-habisan untuk pulang dengan tiga mata dari Ipoh," katanya kepada mStar Online.

Cheng Hoe menambah, walaupun menyedari Perak bukan sebuah pasukan yang mudah ditewaskan, namun pemain tidak mempunyai pilihan bagi memastikan momentum kemenangan dapat dimiliki semula.

Menurutnya, pemain Kedah mampu untuk mendapatkan kemenangan jika mereka memberi sepenuh perhatian dan berjuang seperti sebelum ini sepanjang permainan.

"Saya kenal semangat serta kesungguhan kesemua pemain, mereka pasti mahu mendapatkan semula kemenangan kerana suasana ini menjadi amalan pemain kita.

"Cuma mereka juga perlu berhati-hati dan tidak melakukan kesalahan yang dapat membuka ruang kepada lawan mendapatkan mata," ujarnya.


Kedah, Liga Super, KFA, Perak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Neymar Jalani Terapi Bekam

Artikel Lain