suria

Neymar Jalani Terapi Bekam

NEYMAR disisihkan ketika aksi menentang Osasuna pada malam Rabu kerana berdepan penggantungan perlawanan tetapi penyerang Barcelona itu memanfaatkan tempoh tersebut dengan menjalani terapi bekam.

Bintang Brazil itu mencuba rawatan tersebut apabila terlihat gambar juara tinju dunia, Anthony Joshua menggunakan kaedah berkenaan selepas aksi menentang pencabarnya, Wladimir Klitschko pada malam Sabtu lalu.

Neymar dipercayai menjalani rawatan tersebut untuk menangani masalah pernafasan sebagai persiapan kembali memperkuat pasukan hujung minggu ini.

Bekas pemain Santos itu berkongsi gambar dia menjalani rawatan tersebut di laman Instagram miliknya.

Kira-kira 14 cawan bekam disusun bermula dari tengkuk sehinggalah bahagian bawah belakang Neymar.

Rawatan tradisional itu sering digunakan atlet elit untuk mempercepatkan proses pemulihan mereka.

Kebiasaannya, terapi bekam merupakan teknik perubatan yang menggunakan kaedah sedutan pada permukaan kulit untuk mengeluarkan darah dari bawah kulit.

Terapi bekam bukan sahaja popular dalam kalangan pemain bola sepak malah turut diamalkan atlet renang Amerika Syarikat, Michael Phelps yang percaya kaedah itu dapat meningkatkan prestasinya.

Neymar, Barcelona, bekam

Artikel Sebelum

Artikel Lain