PENGURUS Sunderland, David Moyes didenda oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) berikutan komen 'tidak senonoh dan/atau mengugut' terhadap wartawan BBC, Vicki Sparks. Video Moyes sedang ditemuraman Sparks selepas aksi seri bertemu Burnley pada Mac lalu menjadi tular. Moyes berkata: "Saya merasakan sedikit 'nakal' jadi anda perlu lihat diri sendiri. Kamu mungkin boleh ditampar walaupun seorang wanita." Berikut komen tersebut, Moyes dikecam dan telah memohon maaf kepada Sparks, namun FA mengambil tindakan tegas terhadap kelakuannya itu. "David Moyes dikenakan hukuman berikutan komen yang dibuat selepas perlawanan bertemu Burnley pada 18 Mac 2017. "Pengurus Sunderland didakwa kerana berkelakuan tidak senonoh dan/atau mengugut dan/atau memberi pandangan buruk kepada perlawanan bertentangan dengan Peraturan FA E3(1). Dia diberi tempoh sehingga 3 Mei 2017 untuk memberi maklum balas mengenai hukuman ini".