suria

Kit Baharu Liverpool Lebih Retro, 'Old School'

LIVERPOOL memperkenalkan kit terbaharu yang lebih retro, kembali ke zaman 1980-an.

Set jersi 'home' terbaharu itu direka istimewa sempena sambutan ulangtahun yang ke-125 The Reds.



Bukan rekaan sahaja yang istimewa pada jersi baharu itu, malah lambang atau logo disulam menunjukkan ianya sangat eksklusif serta turut memaparkan tahun kelab ini bermula sehingga sekarang.

Di bawah logonya juga turut tercatat '125 years'.


Leher jersi direka berbentuk V dengan gabungan warna rasmi kelab Liverpool, merah namun menggunakan warna yang agak pekat bagi menterjemahkan gaya 'old school' itu.

Ianya akan dipakai pada perlawanan terakhir Liga Perdana musim ini bertemu Middlesbrough di Anfield pada 21 Mei depan.

Manakala kit bagi penjaga gol akan dipakai bermula musim baharu nanti.

Kit Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Lain