suria

City Tumpul Di Depan Gawang

PEP Guardiola mendakwa Manchester City merupakan pasukan terbaik dalam saingan Liga Perdana Inggeris tetapi perlu memperbaiki kelemahan mereka ketika berada di depan gawang musim depan.

Secara keseluruhannya jentera serangan dan pertahanan City dalam keadaan terbaik seperti dikehendaki Guardiola lebih-lebih lagi selepas membelasah Crystal Palace 5-0, malam Sabtu untuk memastikan pasukan itu kekal dalam kelompok empat teratas.

Namun apa yang membimbangkan Guardiola adalah kegagalan anak buahnya menemui penyudah berbisa setiap kali di depan gawang ladan pada musim ini.

"Saya masih ingat satu perlawanan di mana pasukan lawan mencipta lebih banyak peluang. Ia aksi menentang Tottenham. Yang lain, tiada peluang. Jadi kita lebih baik berbanding semua pasukan dalam Liga Perdana Inggeris di gelanggang sendiri mahupun lawan.

"Malah kami turut mencipta lebih banyak peluang di sini (Stadium Etihad) dan di Stamford Bridge, tetapi gagal menemui penyudah berbisa.

“Kami pasukan terbaik tetapi gagal mencipta gol. Dalam sukan bola keranjang anda lihat Michael Jordan, pada saat akhir… memasukkan bola ke dalam jaring. Perkara paling sukar dalam bola sepak, bola keranjang dan tenis adalah melakukan penyudah di saat akhir.

"Ole itu, kami berada di dalam situasi yang kita hadapi sekarang,” katanya.

City kini menduduki tempat ketiga dengan 69 mata ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu Chelsea.

Manchester City, Pep Guardiola

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain