suria

'Magik' Neymar Inspirasi Barca

BARCELONA: Gol pertama Neymar menjadi inspirasi kepada kemenangan 4-1 Barcelona ke atas Villareal dalam aksi La Liga dengan Pengurus Luis Enrique menyifatkan pemain Brazil itu beraksi pada kelas yang tersendiri.

Barcelona kini kekal di tangga teratas meskipun berkongsi 84 mata dengan seteru utama, Real Madrid.

Dalam perlawanan itu, Neymar, Lionel Messi dan Luis Suarez masing-masing menjaringkan gol bagi merekodkan keseluruhan 102 gol buat Barcelona.

Real pula membelasah Granada 4-0 untuk menghidupkan semula peluang menjulang trofi La Liga buat pertama kalinya dalam tempoh lima tahun.

Anak buah Zinedine Zidane mempunyai satu perlawanan dalam tangan dan akan memenangi trofi La Liga pertama sejak 2012 jika mengumpul tujuh mata dalam tiga akhir perlawanan yang perlu diharungi.

Di Nou Camp, Barcelona berada di depan menerusi gol Neymar yang memanfaatkan hantaran Messi.

Messi pula menjaringkan dua gol untuk meraih gol ke-51nya dalam semua perlawanan tetapi aksi Neymar berjaya mencuri tumpuan.

“Peminat bola sepak perlu menghargai apa yang dilakukan Neymar. Gerakan dia amat cantik, berkesan dan menakjubkan.

“Saya amat berbangga melihat persembahannya. Hanya masa yang akan menentukan kemuncak kariernya. Neymar mempamerkan aksi luar brasa berbanding pemain lain,” kata Enrique.

Neymar, Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain