suria

Manchester United Selamanya - Rashford

MARCUS Rashford antara penyerang muda British yang menjadi perhatian dalam Liga Inggeris.

Dengan kelebihan berada bersama Manchester United, bintang muda itu yakin dia boleh mengikut jejak Ryan Giggs dan Paul Scholes yang menamatkan karier mereka di Old Trafford.

Malah pemain berusia 19 tahun itu peluang untuk merebut tempat dalam permainan moden ini amat luas.

"Sesetengah pemain akan berada di sini, di sana dana di mana-mana sahaja, tetapi bagi seorang yang setia dia akan kekal di situ.

"Jika mampu kekal, bermakna andalah orangnya, lebih-lebih lagi jika kamu mencapai sesuatu atau kejayaan. Konsisten. Itulah saya saya cari-carikan," ujarnya.

Rashford mula bermain untuk United sejak berumur sembilan tahun, malah musim ini dia telah menjaringkan gol ke-11 termasuk ketika aksi separuh akhir Liga Europa Jumaat lalu.

Ironinya, tempatnya itu boleh dirampas Wayne Rooney, namun Rashford mengakui pemain itu tetap menjadi idolanya.


"Dia adalah Wayne Rooney. Saya membesar dengan melihat dia - pemain utama Manchester United dan rakan sepasukan saya," jelas Rashford.

"Sekarang saya sudah biasakan diri dengan keadaan ini. Dan memanggilnya 'Wazza' yang bermaksud 'pelik'".

Rashford, Man United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain