suria

Neymar Ugut Tinggal Barca

Neymar

MEDIA Sepanyol, Mundo Deportivo melaporkan bahawa Neymar mengugut untuk meninggalkan kelabnya, Barcelona. gara-gara bermasalah dengan Juan Carlos Unzue.

Laporan itu mendakwa Neymar terlibat dalam perang mulut dengan Unzue, yang mempertikaikan sikap pemain bintang itu dan menasihatinya untuk lebih fokus kepada bola sepak berbanding kehidupan di luar padang.

Pembantu jurulatih itu dilaporkan menjadikan Ronaldinho sebagai contoh pemain yang prestasinya menurun disebabkan gaya hidup bebas.

Pemain dari Brazil itu dikatakan tidak selesa dengan perbandingan itu dan dilaporkan memberi kata putus kepada kelabnya ‘jika dia kekal di sini, saya akan pergi’.

Kenyataannya itu dipercayai merujuk kepada kemungkinan Unzue bakal menggantikan Luis Enrique sebagai jurulatih.

Dengan munculnya berita ini peluang untuk Unzue menjadi jurulatih mungkin tipis apatah lagi nama Ernesto Valverde juga disebut-sebut sebagai calon jurulatih.

Neymar, Juan Carlos Unzue

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain