suria

Mourinho Tawar Rooney Kepada Everton Demi Lukaku

JOSE Mourinho kini menjadikan penyerang Everton Romelu Lukaku sebagai sasaran utama pada jendela perpindahan pemain bulan depan dan bersedia menawarkan Wayne Rooney sebagai sebahagian daripada perjanjian itu.

Everton menuntut bidaan 100 juta pound sterling untuk mereka melepaskan Lukaku, penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dikehendaki Chelsea dan juga Manchester United.

Namun United mahu bidaan itu dikurangkan sedikit dan sanggup membiarkan Rooney kembali ke Goodison Park agar perpindahan tersebut dapat direalisasikan.

Rooney yang juga penjaring terbanyak United dijangka menuntut bayaran pampasan yang agak tinggi untuk menampung baki kontrak dua tahun sebanyak 250,000 pound sterling seminggu.

Everton difahamkan hanya mahu menawarkan bidaan sebanyak 10 juta pound sterling terhadap Rooney yang akan menerima gaji kira-kira 100,000 pound sterling jika dia kembali ke kelab remajanya.

Rooney akur jika dia terpaksa meninggalkan Old Trafford bulan depan tetapi memilih untuk angkat kaki dengan terma dan syaratnya sendiri.

Meskipun tidak berpindah ke Everton, Rooney turut mendapat beberapa tawaran lumayan dari China dan Amerika Syarikat.

Mourinho terdesak untuk mendapatkan khidmat dua penyerang baharu dan meletakkan Lukaku yang enggan menandatangani kontrak baharu bersama Everton sebagai sasaran utama musim ini selain bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann.

Selain itu, pemain Real Madrid James Rodriquez turut berada dalam radar Mourinho.

Romelu Lukaku, Wayne Rooney

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain