suria

Wenger 'Malas' Layan Kecaman Penyokong

ARSENE Wenger kini hanya memberi fokus kepada kelayakan Liga Juara-Juara berbanding protes terhadap dirinya.

Selepas meraih kemenangan selesa 4-1 ke atas Stoke City dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi Ahad, ternyata Wenger semakin bersemangat untuk terus meraih mata dalam dua baki perlawanan terakhir musim ini.

Malah Wenger hanya 'memekakkan' telinganya apabila sebahagian penyokong The Gunners terus memberi tekanan sepaya meninggalkan kelab ini.

"Lihat, saya telah dibayar untuk menjalan tugas di kelab ini, tugas yang saya suka. Saya akan melakukannya selama yang boleh, selagi saya berada di sini, memberi penuh komitmen dan saya tidak terpengaruh dengan semua itu".

"Apa yang saya boleh buat adalah beri yang terbaik. Kami mengumpul 69 mata setakat ini - dan sama-sama akan menjadikan 72 mata Selasa ini (bertemu Sunderland).

"Saya hanya mahu fokus pada bola sepak sahaja, dan lain-lain perkara bagi saya adalah tidak penting.

"Saya pekerja awam. Bukan ahli politik. Ada yang akan bersetuju dan ada yang membantah. Tetapi saya tidak ada apa-apa yang istimewa mengenainya," ujar Wenger.

Arsenal kini berada di tangga kelima hanya perbeza satu mata berbanding Liverpool (70 mata).

Manakala Manchester City di tempat ketiga dengan 72 mata. Tottenham Hotspur pula selesa di tangga kedua dengan 77 mata.

Arsenal bakal menutup tirai liga musim ini dengan bertemu Everton pada 21 Mei. 

Arsene Wenger, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain