suria

Cub Prix: Fazrul Kembali Ke Litar

SELEPAS tidak beraksi pada dua pusingan awal, Ahmad Fazrul Sham cukup bersemangat untuk memulakan perlumbaan kategori CP150 pada pusingan keempat Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 yang akan berlangsung di Teluk Intan, Perak, 20 dan 21 Mei ini.

Pelumba AHM Motorsports itu terlepas aksi pusingan pembukaan yang juga perlumbaan pertama kategori CP150 di Temerloh, Pahang dan pusingan kedua di Tangkak, Johor sebelum turun ke litar untuk pertama kali pada musim ini sewaktu pusingan ketiga di Kemaman, Terengganu.

“Saya terlepas aksi pusingan awal akibat beberapa masalah yan tidak dapat dielakkan namun sangat gembira kerana dapat kembali ke litar pada perlumbaan lepas. Cuma ketika di Kemaman perlumbaan kemudiannya dibatalkan akibat insiden menyedihkan yang melanda rakan kami, Norizman Ismail,” jelas juara CP130 tahun 2015 itu.

Meskipun begitu, pelumba kelahiran Taiping, Perak itu akui dia masih belum begitu serasi bersama jentera Yamaha Y15ZR yang digunakan.

“Saya hanya sempat keluar dua kali ke litar dengan jentera baharu ini sewaktu di Kemaman dan masih belum dapat menyesuaikan diri sepenuhnya.

“Jentera baharu ini mempunyai teknologi yang sangat berbeza berbanding sewaktu kelas CP130. Tetapi rasanya ia bukan masalah besar. Saya yakin dapat tampil dengan aksi lebih baik minggu ini, ditambah dengan rekod baik saya di Teluk Intan,” jelas Fazrul yang meraih podium ketiga pada musim 2016 di Teluk Intan.


Cub Prix, Fazrul

Artikel Sebelum

KAFA Nafi Ghaddar Ke JDT

Artikel Berikut

Ghaddar Sah Ke JDT

Artikel Lain