suria

Penghormatan Indah Buat Zabaleta

-fotoAFP

PERPISAHAN Pablo Zabaleta di Stadium Etihad menjadi begitu indah selepas Manchester City berjaya menundukkan West Brom 3-1.

Pemain dari Argentina itu diraikan oleh para penyokong dengan begitu meriah.

Walaupun turun bermain dari bangku simpanan, penyokong sudah mula menyanyikan lagu untuk dirinya sejak perlawanan bermula.

Sebaik sahaja masuk menggantikan David Silva pada minit ke-61, seluruh penonton di stadium bertepuk tangan, sebagai tanda sokongan kepadanya.

Penonton juga tidak lupa bersorak setiap kali dia mendapat bola.

Dalam perlawanan ini, Zabaleta turut menjadi kapten untuk kali terakhir selepas Vincent Kompany digantikan dengan John Stones pada minit ke-77.

Tamat sahaja perlawanan, Zabaleta diberi peluang untuk menyampaikan ucapan perpisahan kepada penonton di stadium.

Zabaleta akan meninggalkan Stadium Etihad akhir musim ini.

Semua pemain turut memberikan penghormatan sehingga Zabaleta memasuki lorong pemain bersama isteri dan anaknya.

Zabaleta dibeli oleh City dari Espanyol pada awal musim 2008. Dia telah mencatat 332 penampilan dengan sumbangan 11 gol dan 28 assist dalam sembilan musim terakhir.

Pemain berusia 32 tahun ini hampir menikmati semua gelaran dalam bola sepak Inggeris iaitu dua gelaran Liga Perdana Inggeris, satu gelaran Piala FA dan dua Piala Liga ketika bersama City.

Zabaleta juga pernah menjulang trofi Community Shield pada 2012.

Bagaimanapun dia tidak berjaya membawa City meraih gelaran tertinggi iaitu juara Liga Juara-Juara Eropah.

Pablo Zabaleta, Stadium Etihad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mujur Ada Sanchez!

Artikel Lain