suria

Aguero Mahu Kekal Bersama MU

MELAKA: Penyerang import Melaka United, Sergio Aguero tekad mahu terus kekal bersama Melaka United meskipun khabar angin mengatakan namanya disenarai untuk digugurkan oleh juara Liga Perdana 2016 tersebut pada jendela perpindahaan ini.

Sejak menyertai Melaka United pada awal musim ini, Aguero hanya beraksi dalam empat perlawanan dan gagal menjaringkan sebarang gol akibat dihimpit masalah kecederaan selain dikatakan gagal mempamerkan aksi terbaik buat pasukannya.

Menurut sumber kepada mStarOnline, pemain berusia 23 tahun itu turut diberikan surat amaran ekoran prestasi yang kurang memuaskan dan sering dihimpit kecederaan.

Sumber itu menjelaskan, meskipun kurang gembira dengan tindakan pihak pengurusan Melaka United, Aguero tetap mahu memperjuangkan masa depannya bersama skuad tersebut.

"Dia (Aguero) mahu kekal lama bersama Melaka United dan sedia bertemu dengan pihak pengurusan sekiranya namanya akan digugurkan.

"Malah dia tidak akan menyertai pasukan lain sekiranya menerima tawaran," kata sumber yang rapat dengan pemain tersebut.

Selain Aguero, beberapa pemain lain turut dikenakan surat amaran atas sebab tertentu tetapi namanya antara tiga pemain import yang disebut bakal digugurkan oleh Melaka United.

Semntara itu, dua lagi pemain import iaitu bekas kapten, Illija Spasojevic dan Jeon Woo Young dilaporkan kekal bersama skuad Kancil sehingga hujung musim ini.

Sergio Aguero, Melaka United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain