suria

Macam Ada Sebelas Pemain - Dollah

PETALING JAYA: Biarpun gagal membawa balik pulang Piala FA buat kali ketiga, pengendali Pahang tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya.

Skuad 'Tok Gajah' tewas 3-2 kepada Kedah pada final di Stadium Shah Alam, Sabtu malam yang menghidangkan persembahan terbaik daripada kedua-dua pasukan.

Namun itulah bola sepak. Dollah Salleh terpaksa akur dengan kekalahan itu walaupun terdapat beberapa peluang untuk mencatat keputusan yang lebih baik.

Lebih menarik, berbekalkan hanya sepuluh pemain, skuad Pahang berjaya mencuri perhatian semua penyokong yang hadir.

"Saya langsung tidak terlintas bahawa ketika itu saya ada sepuluh pemain di atas padang. Kami hanya fokus kepada permainan.


"Kesilapan tetap ada dalam permainan itu sehingga menyebabkan dua kad kuning dilayangkan (Fransisco Insa Bohigues).

"Tetapi apa yang berlaku telah mengubah corak permainan selepas itu," ujarnya selepas perlawanan tersebut.

Tambah, Dollah disiplin pemain menjadikan perlawanan tersebut semakin rancak walaupun kekurangan seorang pemain.

"Sebenarnya perlawanan malam ini (Sabtu) adalah aksi yang kami harap-harapkan sejak awal musim.

"Namun akhir-akhir ini, jadual perlawanan sedikit ketat, jadi kami hilang rentak.

"Tetapi apa pun, perlawanan ini saya sangat bangga dan berpuas hati, dengan sokongan penyokong lagi. Mereka tunggu sehingga tamat perlawanan biarpun pada awal perlawanan kita ketinggalan," jelasnya.

Pada perlawanan tersebut, menyaksikan adegan berbalas gol pada babak kedua, namun kemenangan berpihak kepada Kedah dengan tiga jaringan berbals dua.

Pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar yang dipilih sebagai Man of The Match menyumbang dua gol selepas Ken Liso Larsen membuka jaringan.

Manakala dua gol pahang dijaringkan oleh Heo Jaewon dan Mohamadou Sumareh.

Dollah Salleh, piala FA, Akhir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain