suria

Larian Obor KL2017 Tiba Di Tampin

Shaziman Abu Mansor (lima, kanan) meletakkan obor yang diterima daripada Anggota Parlimen Alor Gajah,Koh Nai Kwong (lapan, kanan) yang membawa obor tersebut dari Melaka pada larian obor menjelang temasya Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur di Dataran Tampin hari ini. Turut kelihatan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zaifulbahri Idris (tujuh, kanan). Foto: Bernama

TAMPIN: Larian Obor Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur (KL2017) tiba di Dataran Tampin dari Alor Gajah, Melaka.

Anggota Parlimen Alor Gajah Datuk Koh Nai Kwong mengetuai larian itu dan disambut Anggota Parlimen Tampin Datuk Seri Shaziman Abu Mansor pada 11 pagi Ahad.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong yang juga Exco Belia dan Sukan negeri Datuk Zaifulbahri Idris dan ADUN Gemencheh Datuk Mohd Isam Mohd Isa.

Larian itu bermula di Tampin dan akan melalui daerah Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson, Jelebu, Rembau serta Seremban.Ia berlangsung selama tiga hari dan akan berakhir pada 25 Mei ini sebelum diserahkan kepada wakil Wilayah Persekutuan Labuan yang akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi.

Larian Obor KL2017 akan berakhir di Kuala Lumpur pada 19 Ogos depan, menandakan bermulanya temasya Sukan SEA Kuala Lumpur ke-29.-Bernama

Larian Oborm KL2017, Sukan SEA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain