ALEXIS Sanchez mengesahkan akan meninggalkan Arsenal pada musim perpindahan ini apabila perbincangan dengan kelab baru telah dimulakan.
Pemain berusia 28 itu kelihatan tegas dengan pendirianya untuk tidak lagi bersama Arsenal jika kelab berkenaan tidak layak beraksi di Liga Juara-Juara.
Media Chile mendakwa, agen Sanchez telah memulakan perbincangan dengan Bayern Munich untuk melengkapkan urusan pemindahan.
Kelab gergasi Bundesliga berkenaan dilapor sedia menawarkan sebanyak £50 juta kepada Arsenal selain menggandakan gaji pemain itu.
Laporan itu juga mendakwa, Arsenal gembira dengan jumlah yang akan diterima walaupun terpaksa kehilangan seorang pemain yang menjadi kekuatan skuad tersebut.
Walaupun perbincangan tersebut telah dimulakan, namun Manchester City masih menaruh harapan untuk mendapatkan Sanchez.
Berikut merupakan senarai pemain Arsenal yang bakal menamtkan kontrak dalam tempoh terdekat.
2018
Mesut Ozil
Alexis Sanchez
Aaron Ramsey
Alex Oxlade-Chamberlain
Per Mertesacker
Kieran Gibbs
Carl Jenkinson
Santi Cazorla
2019
Theo Walcott
Olivier Giroud
Petr Cech
David Ospina
Danny Welbeck
Nacho Monreal
Mathieu Debuchy
Gabriel Paulista