PETALING JAYA: Safiq Rahim, Mohamad Aildil Zafuan Abd Radzak dan S Kunanlan kembali ke kem latihan pusat Harimau Malaya. Ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan, Nelo Vingada memanggil 26 pemain ke kem latihan pusat di Johor Bahru, Johor bermula 29 Mei ini sebagai persediaan menghadapi perlawanan sulung Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lebanon di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru pada 13 Jun ini. Turut tersenarai dalam barisan pemain yang dipanggil itu adalah bekas pemain kebangsaan yang bersara sebelum ini iaitu pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT) Safiq Rahim bersama dua lagi rakannya sepasukannya di bahagian pertahanan, Aildil Zafuan serta S.Kunanlan. Ketiga-tiga pemain tersebut membuat keputusan bersara dari skuad kebangsaan pada Julai tahun lalu ketika pasukan di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee. Sementara itu, Vingada pengendali berusia 64 tahun dari Portugal akan dibantu dibantu oleh bekas jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe, 49, dan Joao Arnaldo Correia De Carvalho, 59, dari Portugal serta jurulatih penjaga gol, Azmin Azram Abdul Aziz, 41 dan jurulatih kecergasan, Francisco Jose Bruto Da Costa, 36, dari India. Nelo Vingada Menurut kenyatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), seramai 13 pemain daripada skuad 22 pemain kendalian Kim Swee ke Manila bagi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Filipina yang berkesudahan seri 0-0 pada 22 Mac lalu telah dikekalkan oleh Vingada untuk kem latihan pusat kali ini. Sementara baki 13 lagi pemain merupakan sama ada muka baharu atau mereka yang dipanggil semula yang terdiri daripada sepuluh pemain (termasuk Safiq, Kunanlan dan Aidil) Mahalli Jasuli, S Chanthuru, Azammuddin Akil, Amirulhadi Zainal, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Fazly Mazlan, dan penjaga gol Izham Tarmizi Roslan serta tiga pemain Pahang iaitu Nor Azam Abdul Azih, Ahmad Syamim Yahya dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria. Bagi kem latihan pusat kali ini, seramai 15 pemain akan melapor diri pada Isnin ini (29 Mei) manakala 11 pemain JDT perlu melapor diri pada Jumaat (2 Jun) selepas mereka selesai tugasan Piala AFC 2017 bertemu Ceres di Filipina pada 31 Mei. SENARAI PEMAIN: Baddrol Bakhtiar (Kedah), Mohd Rizal Mohd Ghazali (Kedah), Mohd Syazwan Zainon (Kedah), Khairul Helmi Johari (Kedah), Muhammad Akram Mahinan (Kedah), Matthew Davies (Pahang), Muhamad Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Ahmad Syamim Yahya (Pahang), Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (Pahang), Shahrul Mohd Saad (Perak), Muhammad Shahrom Abdul Kalam (Perak), Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak), Mohd Safee Mohd Sali (PKNS FC), Mohd Amri Yahyah (Selangor), Mohd Khairulazhan Mohd Khalid (Selangor), Ahmad Hazwan Bakri (Johor Darul Ta’zim), Safiq Rahim (Johor Darul Ta’zim), Mahalli Jasuli (Johor Darul Ta’zim), S Chanthuru (ohor Darul Ta’zim), Azammuddin Mohd Akil (Joor Darul Ta’zim), Mohd Amirulhadi Zainal (Johor Darul Ta’zim), Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (Johor Darul Ta’zim), Muhammad Fazly Mazlan (Johor Darul Ta’zim), Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak (Johor Darul Ta’zim), S Kunanlan (Johor Darul Ta’zim), Mohd Izham Tarmizi Roslan (Johor Darul Ta’zim)