suria

Penyokong 'Tawar' Isteri Kepada Ibrahimovic

Zlatan Ibrahimovic

DEMI memastikan Zlatan Ibrahimovic terus bertahan, seorang penyokong Manchester United sanggup 'mengorbankan' isterinya.

United baru saja menjadi juara Liga Europa 2016/17 selepas menewaskan Ajax Amsterdam dengan skor 2-0.

Selepas tamat perlawanan, penyerang mereka, Ibrahimovic mendapat kejutan daripada seorang peminat tegar United yang berada tempat duduk penonton.

Ibrahimovic tidak dapat menahan ketawa apabila melihat seorang penyokong membentangkan sepanduk berkaitan dirinya.

Penyokong tersebut berharap agar Ibrahimovic terus bersama United, satu permintaan yang pasti sudah biasa didengarinya sebelum ini.

Namun, apa yang berbeza dengan permintaan ini apabila penyokong tersebut rela mengorbankan isterinya demi melihat pemain dari Sweden itu bertahan di United pada musim depan.

“Zlatan, terus kekal dan kamu boleh mengadakan hubungan intim dengan isteri saya,” tulis penyokong tersebut di sepanduknya.

Ibrahimovic yang melihat sepanduk itu terus menghampirinya dan meminta salah seorang jurugambar mengambil gambarnya bersama sepanduk tersebut.

Ibrahimovic menandatangani kontrak satu musim saja bersama United. Berakhirnya musim 2016/17 ini, ini bermakna kontrak bekas pemain Barcelona dan AC Milan juga telah habis.

Setakat ini nasibnya belum diketahui kerana dirinya mengalami kecederaan lutut dan tidak dapat bermain hingga Januari 2018.

Zlatan, sepanduk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain