suria

Silva Tinggalkan Hull City

MARCO Silva meletakkan jawatan sebagai pengurus Hull City selepas pasukan itu tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pengurus dari Portugal berusia 39 tahun itu sebelum ini kembali menghidupkan peluang kelab tersebut untuk kekal di saingan utama sejak mula mengambil alih pada Januari lalu.

"Walaupun kecewa dengan pemergian Silva, kami sekali lagi merakamkan penghargaan kepadanya dan kakitangan sokongannya.

"Walaupun hanya untuk tempoh singkat, pengurus 39 tahun itu menjadi pilihan peminat dan selamanya akan dikenang atas usahanya mengekalkan pasukan di Liga Perdana Inggeris, " demikian menurut kenyataan dikeluarkan Hull City.

Bekas pengurus Sporting Lisbon itu yang menandatangani kontrak bersama Hull sehingga akhir musim ini bertemu dengan pemilik kelab tersebut pada Rabu dan memaklumkan hasratnya untuk berundur.

Malah Silva turut dikaitkan bakal mengemudi Porto selepas kelab itu berpisah dengan jurulatihnya Nuno awal minggu ini.

Bukan itu sahaja, dia turut dikatakan bakal mengisi kekosongan jawatan di Watford dan Crystal Palace.

Silva berjaya mengemudi Hull memenangi enam daripada 18 perlawanan mereka tetapi tersingkir selepas tewas 0-4 di tangan Crystal Palace pada 14 Mei lalu sebelum kalah besar di tangan Tottenham Hotspur.

Marco Silva, Hull City

Artikel Berikut

'Kualiti Bukan Kuantiti'

Artikel Lain