suria

Fungsi Tan Cheng Hoe Bersama Harimau Malaya Terjawab

PETALING JAYA: Teka-teki mengenai fungsi Tan Cheng Hoe bersama skuad Harimau Malaya akhirnya terjawab menerusi senarai barisan kejurulatihan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Dalam senarai itu, Cheng Hoe yang juga bekas jurulatih Kedah sah mengisi kerusi No.2 selepas ketua jurulatih Nelo Vingada.

Sebelum ini, kedudukan Cheng Hoe bersama skuad kebangsaan masih samar susulan timbul dakwaan dia bakal menyertai Johor Darul Ta'zim.

Spekulasi itu dikuatkan lagi dengan beberapa keping gambar yang dimuatnaik dalam laman Facebook Johor Southern Tigers dengan entri bertajuk 'Keluarga JDT'.

Namun kini, Cheng Hoe boleh menarik nafas lega apabila dia disahkan sebagai pembantu jurulatih skuad kebangsaan disamping Joao Arnaldo Correia De Carvalho yang turut memegang peranan yang sama.

De Carvalho dari Portugal merupakan pembantu jurulatih yang dibawa Vingada untuk mengemudi skuad Harimau Malaya.

Selain Cheng Hoe, seorang lagi rakyat tempatan, Azmin Azram Abdul Aziz turut disahkan sebagai jurulatih penjaga gol.

Mereka turut dibantu bekas jurulatih NorthEast United FC yang beraksi di Liga Super India, Francisco Jose Bruto Da Costa sebagai jurulatih kecergasan.

Tan Cheng Hoe, FAM

Artikel Sebelum

Ronaldo Sudah Ada Kekasih

Artikel Berikut

Silva Tinggalkan Hull City

Artikel Lain