suria

Kemelut TRW: Annuar Beri Tiga Pilihan

Tan Sri Annuar Musa

PETALING JAYA: Tan Sri Annuar Musa tampil dengan tiga pilihan dalam usaha menyelesaikan krisis Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang berdepan kemelut kewangan dan isu tunggakan gaji pemain.

Penasihat Kafa itu pada Ahad dilihat mahu mendengar pandangan orang ramai berhubung masa depan The Red Warriors (TRW) dengan mengemukakan tiga pilihan penyelesaian yang dirasakan sesuai.

Berikut adalah posting yang dibuat Annuar di laman Facebooknya, Ahad:

Cadangannya itu telah menarik minat pengikut-pengikutnya untuk tampil memberikan pendapat masing-masing dengan ketiga-tiga pilihan tersebut mempunyai 'pengundi'nya sendiri.

Putera Tunggal Ad Nan menulis komen: "Bereh gaji dulu..tutup kedai."

Sependapat dengannya adalah Muhammad Nasri Md Nasir yang menulis: "Tarik diri. Kalu banyak menyusahkan banyak pihak."

Ayie Kuala Krai memberikan pendapatnya: "Tak payah masuk la Tan Sri."

Sementara itu Zamzuarie Mohamad Noor menulis: "Ada orang akan gembira jika tutup."

Dalam pada itu terdapat juga peminat yang tidak sanggup melihat Kelantan terlepas aksi Liga Malaysia hanya kerana isu ini dan menggesa Annuar supaya melakukan yang terbaik demi maruah TRW.

Ahmad Albab Maruah menulis: "TRW wajib dipertahankan. Penyokong di belakang TRW."

Meliy Azmee berkata: "Buat yang termanpu, kekalkan dalam liga, kalau FAM suruh tarik diri, baru tarik diri.

Tidak kurang yang memberi pilihan keempat dengan mencadangkan agar kerajaan negeri mengambil alih Kafa dan TRW.

Cadangan itu dibuat oleh Izzat Syahid: "Suruh kerajaan negeri pulalah ambil alih, tugas dia kan?."

Malah, ada juga yang mempertikaikan tindakan Annuar yang baru kini 'bersuara' mengenai isu ini.

"Kenapa sekarang baru bunyi TSAM? Kalau awal-awal TSAM suarakan isu ni...confirm dah setel hutang tu," kata Ahmad Zailanie Othman.

Kelantan dihimpit kemelut kewangan terutamanya masalah tunggakan gaji sejak penaja terdahulu, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida menggantung  penajaan terhadap pasukan TRW berikutan kemerosotan prestasi pasukan tersebut serta kegagalan untuk Vida Beauty Sdn Bhd meraih sebarang pulangan daripada penajaannya berjumlah RM16 juta.

Antara pilihan yang dikemukakan oleh Annuar adalah pertama, mencari penaja untuk menyelesaikan hutang tertunggak sejak 25 tahun dulu dan TRW tidak perlu lagi bermain dalam Liga Malaysia.

Pilihan kedua adalah, cari penaja untuk TRW pada musim 2018 dan menguruskan hutang mengikut kemampuan.

Manakala piilihan ketiga, Annuar mencadangkan agar tutup terus TRW kerana Kelantan tidak lagi mampu untuk bermain bola sepak selagi mengharapkan satu individu menggalas tugas yang sepatutnya dipikul oleh pihak kerajaan negeri.


Kafa, TRW, Annuar Musa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Costa Beri Kata Dua

Artikel Lain