suria

Griezmann Memang Nak Tinggalkan Atletico

Antoine Griezmann

ANTOINE Griezmann dilaporkan telah memberitahu Atletico Madrid bahawa dia mahu meninggalkan kelab itu pada jendela perpindahan musim panas ini.

Griezmann, 26, dipercayai menjadi sasaran nombor satu Manchester United menjelang kempen 2017/18, apabila Red Devils sering dikaitkan dengan pemain dari Perancis itu beberapa bulan kebelakangan ini.

Pada Ahad, Presiden Atletico, Enrique Cerezo menegaskan bahawa Griezmann akan kekal menyarung jersi kelab itu pada musim panas.

Bagaimanapun pemain itu sendiri baru-baru ini mendakwa bahawa terdapat 60 peratus peluang untuk dia menyertai United.

Menurut laporan Cadena Cope, Griezmann kini telah memberitahu Atletico bahawa dia ingin untuk mencari peluang baharu dalam jendela perpindahan musim ini dan United semakin hampir mendapatkan bekas penyerang Real Sociedad itu dengan £87juta.

"Antoine Griezmann telah memaklumkan kepada hierarki kelab bahawa dia ingin pergi," dakwa wartawan Cope Antonio Ruiz.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain