PENYERANG muda Chelsea, Dominic Solanke, sah menjadi pemain baharu Liverpool. Solanke dibawa masuk ke kelab itu dengan harga £3 juta. Pemain berusia 19 tahun itu akan bergabung dengan skuad Jurgen Klopp pada 1 Julai 2017. Menurut laman web rasmi kelab, Solanke juga merupakan bakal penyerang pasukan kebangsaan Inggeris. Dia kerap dipanggil ke pasukan England untuk pelbagai peringkat, baik B-16 hingga B-21. Solanke melakukan penampilan pertama bersama Chelsea sebagai pemain pengganti di saingan Liga Juara-Juara pada Oktober 2014. Selain itu, dia sempat dipinjamkan ke kelab Belanda, Vitesse Arnhem, pada musim 2015/16 dengan menjaringkan tujuh gol dari 25 perlawanan. Kedatangan Solanke ke Stadium Anfield dipercayai dapat menggantikan penyerang, Daniel Sturridge dan Danny Ings.