suria

Ederson Sah Milik City

MANCHESTER City berjaya memuktamadkan perpindahan penjaga gol Benfica, Ederson dengan kontrak bernilai 34.7 juta pound sterling.

Penjaga gol kelahiran Brazil itu akan berhijrah ke Stadium Etihad dengan perjanjian selama enam tahun.

Malah, Ederson turut menjadi penjaga gol No.1 City.

Kontrak yang ditandatangani pemain berusia 23 tahun itu turut memecah rekod perpindahan Britain bagi penjaga gol, mengatasi nilai sebanyak 18.9 juta pound sterling yang dibayar Manchester United untuk mendapatkan David de Gea dari Atletico Madrid, enam tahun lalu.

Perpindahan Ederson mengambil sedikit masa kerana pemilikan pihak ketiga terhadap hak ekonominya.

Di bawah perjanjian itu, kelab lamanya, Rio Ave akan menerima 30 peratus daripada nilai perpindahan itu manakala Gestifute, firma yang dikendalikan ejen Jorge Mendes akan mendapat 20 peratus.

"Saya sentiasa mengimpikan untuk beraksi dalam bola sepak Inggeris dan kini ia telah menjadi kenyataan," katanya.

Ederson, Manchester City

Artikel Sebelum

Misbun Kembali Ke BAM

Artikel Berikut

Artikel Lain