DIEGO Costa mengakui bengang selepas Antonio Conte memberitahu apa yang perlu dilakukannya pada musim panas ini. Pengendali Chelsea itu dilapor meminta Costa meninggalkan Stamford Bridge pada musim pemindahan ini. Penyerang berusia 28 tahun itu hampir meninggalkan Chelsea pada Januari lalu selepas terpikat dengan tawaran dari Kelab China. Bagaimanapun apa yang membuatkan Costa bengang kali ini ialah dia tidak dapat pulang ke Atletico Madrid jika meninggalkan Chelsea kerana terikat dengan tindakan undang-undang terhadap kelab Sepanyol berkenaan. "Saya ingin memberitahu secara jujur, sebelum ini Conte telah menghantar pesanan dan memberitahu saya tiada dalam perancangan musim depan. "Tiada masalah, saya masih ok. Saya suka tinggal di Madrid tetapi saya juga perlu fikirkan mengenai masa depan. "Saya perlu mencari pasukan baru dan tidak boleh berehat sehingga empat hingga lima bulan sebelum kembali bermain," katanya kepada media Sepanyol.