MANCHESTER United berstuju dengan perjanjian untuk mendapatkan pemain pertahanan Benfica, Victor Lindelof. Lindelof menjadi pemain baharu pertama United bagai aksi musim depan dengan anggaran nilai perpindahan sebanyak 30 juta pound (RM163 juta). Pemain berusia 22 tahun itu akan tiba di Manchester United Rabu ini bagi menjalani ujian kesihatan. Sebelum ini dilaporkan bahawa pengurus United, Jose Mourinho amat tertarik dengan pemain Sweden itu yang telah bermain sepenuh masa pada aksi kemenangan 2-1 ke atas Perancis dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2018 Jumaat lalu. Lindelof dijangka akan bergandingan dengan Eric Bailly di barisan pertahanan, sekaligus mengukuhkan lagi khabar angin bahawa Chris Smalling bakal meninggalkan Old Trafford musim depan. "Machester United dengan gembira mengumumkan perjanjian bersama Benfica telah dicapai bagi perpindahan Victor Lindelof. "Pengumuman selanjutnya akan diberitahu sebaik sahaja proses perpindahan selesai," jelas kenyataan United di laman kelab rasminya.