suria

Costa Masih Tunggu Keputusan Chelsea

Conte memeluk Costa dalam satu perlawanan Chelsea sebelum ini.

DIEGO Costa masih menunggu jawapan daripada Chelsea mengenai masa depannya.

Pemain antarabangsa Sepanyol yang menjaringkan gol kemenangan 2-1 ke atas Macedonia pada aksi Kelayakan Piala Dunia awal pagi Isnin memberitahu dia tidak mahu terlalu memikirkannya buat masa sekarang.

Namun pemain berusia 28 tahun itu tetap mengulas mengenai drama yang berlaku dengan pengurus Antonio Conte.

"Sebenarnya saya sendiri tidak tahu. Saya masih lagi mempunyai baki kontrak selama dua tahun dengan Chelsea.

"Mereka perlu tahu apa yang patut buat. Dan saya masih menunggu keputusan kelab."

Keraguan masa depan Costa di Stamford Bridge timbul selepas dia menghantar pesanan kepada rakan-rakan sepasukannya supaya menikmati musim cuti ini dengan gembira dan kekalkan prestasi.

Namun Costa turut menerima maklum balas teks pesanan daripada Conte: "Hi Diego, saya harap anda sihat. Terima kasih menghabiskan musim ini bersama-sama. Selamat berjaya untuk tahun depan tetapi anda tidak ada dalam perancangan saya.

"Costa terus screenshot teks tersebut dan menghantarnya kepada rakan-rakannya yang lain sebelum diberi amaran oleh kelab supaya bertenang dan serahkan isu tersebut kepada pihak pengurusan.

Diego Costa, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain