suria

JDT Bakal Umum Jurulatih Baharu

Foto kredit: Johor Southern Tigers

PETALING JAYA: Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal mengumumkan ketua jurulatih baharu tidak lama lagi.

Ia berikutan Benjamin Mora yang menjadi jurulatih sementara skuad juara Liga Super ini telah kembali kepada peranan asalnya selaku ketua jurulatih JDT II.

Menurut kenyataan Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards di laman Facebook Johor Southern Tigers pada Isnin, pihaknya tidak mahu membuat apa-apa keputusan mengejut seperti sebelum ini apabila Mario (Gomez) dan JDT membawa haluan masing-masing dua hari sebelum Piala Sumbangsih.

"Oleh kerana itu kami memerlukan seorang pengurus dan mestilah seseorang yang sudah berada dalam sistem kami supaya tidak perlu menghabiskan banyak wang.

"Seseorang yang bekerja untuk kelab dan memahami falsafah kelab. Dan individu tersebut adalah Benjamin Mora.

"Kini Benjamin Mora akan kembali kepada peranan asal beliau selaku ketua jurulatih JDT II kerana beliau hebat dalam tugas menyediakan pemain muda untuk pasukan utama seperti Fazly Mazlan, Dominic Tan, Afiq Fazail, dan Hadi Fayyadh.

"Kami akan mengumumkan ketua jurulatih baru untuk JDT tidak lama lagi," jelasnya.

Tambah Edwards, Ismail Ibrahim dan Raul Longhi akan memikul sementara tugas jurulatih ini.

"Kami ingin merakamkan ucapan setinggi tinggi terima kasih kepada Benjamin Mora atas segala kerja keras, dedikasi dan semua yang telah dilakukan oleh beliau sepanjang menjaga kelab kami yang hebat ini," ujarnya.

Tambah Edwards, dia yakin Mora seorang yang berpotensi dan yakin akan menjadi seorang jurulatih yang lebih baik pada masa akan datang.

Benjamin Mora, Alistair Edwards

Artikel Berikut

Artikel Lain