KYLIAN Mbappe akhirnya mendedahkan kelab yang ingin disertai jika meninggalkan Monaco yang dijangkakan pada akhir minggu ini. Pemain berusia 18 tahun itu bakal menjadi pemain termahal dunia yang menjadi tumpuan semua kelab gergasi. Setakat ini, Real, Manchester United, Manchester City dan PSG telah menyatakan hasrat secara terbuka untuk mendapatkan khidmatnya. Namun, Monaco meminta yuran perpindahan bernilai €130 juta yang mungkin memberi kelebihan kepada Real sahaja. Bagaimanapun, Mbappa kini dilaporkan hanya mahu menyertai Real Madrid kerana bimbang dijual kepada kelab lain. Real juga mungkin akan menjadikan pembelian itu sebagai berbaloi untuk menggantikan Cristiano Ronaldo yang mahu 'angkat kaki'.