suria

Klopp Mahu Pecah Tiga Rekod Perpindahan

PEMBELIAN Mohamed Salah dengan nilai 39 juta pound sterling (RM211 juta) bakal menyaksikan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp akan memecah rekod perpindahan kelab itu yang setakat ini dipegang oleh Andy Carroll, enam tahun lalu dengan bayaran 25 juta pound sterling (RM190 juta).

Tidak setakat itu, Klopp semakin bernafsu untuk membawa pemain berkuali ke Anfield apabila sedia memecahkan rekod perpindahan sebanyak dua kali lagi selepas pembelian Salah selesai.

Ini kerana Klopp mahu memperkemaskan barisan pertahanan dan tengahnya dengan menyasarkan sekurang-kurangnya empat pembelian utama pada jendela perpindahan kali ini.

Pengurus kelahiran Jerman itu memberi keutamaan untuk mencari seorang pemain tengah dan seorang bek tengah yang dijangka bernilai lebih mahal berbanding Salah.

Selepas dimalukan dengan insiden memancing pemain pertahanan Southampton, Virgil Van Dijk, Klopp kini mengalihkan perhatian untuk mendapatkan bintang lain termasuk Leonardo Benocci (Juventus), Jerome Boateng (Bayern Munich) dan Kalidou Koulibaly (Napoli).

Untuk posisi tengah, pemain Guinea, Naby Keita menjadi pilihan Klopp untuk memastikan Liverpool lebih bersedia pada musim depan.

Keita memainkan peranan penting membantu kelab Jerman, RB Leipzig melayakkan diri ke pusingan kelayakan Liga Juara-Juara pada musim lalu.

Malah kelabnya memberi lampu hijau kepada mana-mana kelab gergasi Eropah yang mahu mendapatkan khidmat pemain berusia 22 tahun itu.

Bagaimanapun Liverpool perlu menyediakan wang sekurang-kurangnya 50 juta pound sterling (RM271 juta) bagi mendapatkan khidmat Keita. - MIRROR

Liverpool

Artikel Lain