CHELSEA membuat kejutan dengan melakukan pertanyaan ke atas bintang Bayern Munich untuk dibeli pada musim panas ini. Laporan media Jerman menyebut, Chelsea dipercayai ingin mendapatkan Robert Lewandowski yang telah menjaringkan 110 gol daripada 147 penampilan bersama kelab Bayern Munich. Laporan itu mendakwa, Antonio Conte mengubah fikiran dengan menyasarkan penyerang Poland itu bagi menggantikan Diego Costa. Bagaimanapun, usaha Chelsea mungkin berdepan kegagalan kerana Lewandowski telah melanjutkan kontraknya sehingga 2021. Agen pemain berkenaan, Maik Barthel berkata, Lewandowski memberitahu saya bahawa jurulatih tidak banyak membantunya, malah tidak menghubunginya sebelum perlawanan akhir yang membawa dirinya sebagai penjaring terbanyak Bundesliga." "Dia kecewa dan saya tidak pernah melihatnya seperti itu sebelum ini. Dia amat memerlukan sokongan pasukan untuk terus menjadi lebih baik."