ANTONIO Conte dilaporkan mahu mendapatkan Leonardo Bonucci dan Chelsea bersedia untuk membelanjakan £100 juta untuk membawa masuk pemain itu dan Alex Sandro. Tuttosport mendakwa The Blues sanggup membayar kira-kira £48 juta untuk Bonucci asalkan pemain itu dapat bergabung semula dengan Conte. Mereka pernah bersama di Juventus. Kini Conte, yang akan kehilangan John Terry pada musim depan meneruskan perjuangannya untuk mendapatkan pemain pertahanan itu dari kelab lamanya. SunSport awal bulan ini melaporkan bagaimana Conte terdesak untuk mendapatkan Bonucci dan juga bersedia untuk melepaskan Nemanja Matic untuk memastikan perjanjian dapat dimeterai.